Krisis kewangan: UMNO nyatakan solidariti bersama Turki - Utusan Malaysia

Krisis kewangan: UMNO nyatakan solidariti bersama Turki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Ogos – UMNO menyatakan solidariti terhadap Turki yang kini berhadapan situasi krisis kewangan sejak beberapa minggu yang lalu apabila matawang negara itu, Lira telah diserang teruk menyebabkan nilainya jatuh secara mendadak.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, solidariti tersebut dibuat atas dasar persahabatan yang terjalin antara kedua-dua negara yang menjangkaui hubungan ekonomi dan budaya.

Selain itu, Mohamad sokongan dibuat kerana sumbangan serta kedudukan Turki di dalam dunia Islam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut beliau kedua-dua negara berkongsi banyak aspirasi dan hasrat yang sama untuk melihat dan menjadikan masyarakat muslim lebih aman, maju dan moderat.

“Tatkala Turki sedang mengalami saat yang sukar dan diuji seperti sekarang, adalah penting untuk seluruh rakyat Malaysia bersama-sama menyatakan sokongan kepada mereka.

“Justeru, saya menyeru kepada Kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia, untuk kita sama-sama bangkit menghulurkan pertolongan yang terbaik atas kapasiti dan kemampuan kita kepada negara Turki.

Matawang Lira jatuh disebabkan oleh keputusan Amerika Syarikat untuk meningkat dan menggandakan tarif keluli dan aluminium dari Turki menjadikan matawang Lira kehilangan lebih suku daripada nilainya.

Ini secara langsung menyebabkan ketidakstabilan ekonomi domestik Turki yang memberi kesan kepada rakyat.

“Semoga pertolongan dan usaha kecil kita semua setidak-tidaknya mengukuhkan rasa setia kawan dan hubungan antara dua negara ini sekali gus membantu mereka mengharungi situasi yang getir ini dengan lebih baik.

“Semoga Allah memberikan pertolongan kepada mereka,” kata Mohamad dalam satu kenyataan hari ini.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN