Indonesia harap diberi akses pendidikan di Semenanjung Malaysia - Utusan Malaysia

Indonesia harap diberi akses pendidikan di Semenanjung Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Indonesia berharap kerajaan memberi akses pendidikan yang lebih luas kepada anak-anak pekerja republik itu yang berkhidmat di negara ini terutamanya di Semenanjung Malaysia.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Rusdi Kirana berkata, ketika ini hanya terdapat 230 buah pusat pendidikan komuniti di Sabah dan 54 di Sarawak namun akses pendidikan di Semenanjung masih tiada.

“Warganegara Indonesia yang bekerja di negara ini terlalu ramai tidak kira yang mahir ataupun tidak mahir, dan mereka ini semua membantu menggerakkan ekonomi negara Malaysia, oleh itu kita berharap Malaysia dapat membantu anak-anak golongan ini untuk mendapatkan akses pendidikan sebagai persediaan mereka apabila pulang ke tanah air kelak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Segala pembiayaan, kurikulum dan gaji guru ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian dketika ditemui dalam Majlis Memperingati Hari Ulang Tahun (HUT) Kemerdekaan Republik Indonesia (RI) ke-73 di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut, lebih 200 pelajar Sekolah Indonesia Kuala Lumpur dan kakitangan Kedutaan Indonesia meraikan HUT tersebut.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah menaikkan bendera RI sebagai simbolik kemerdekaan dan penyampaian sijil penghargaan kepada pegawai yang telah berkhidmat lebih 10 tahun di Kedutaan tersebut.

Ditanya mengenai hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia, Rusdi berkata, pihaknya yakin kedua-dua negara boleh menjalinkan kerjasama yang baik dalam industri pelancongan.

“Sebagai contoh, kita boleh sama-sama mengadakan pameran budaya kepada pelancong tempatan dan juga asing. Misalnya, jika pelancong dari China, Korea dan Jepun datang ke Kuala Lumpur, kita beri pakej melancong juga ke Jogjakarta, jika ke Kota Kinabalu kita beri pakej melancong ke Manado, Pulau Pinang-Medan, Langkawi-Batam dan sebagainya.

“Ia secara tidak langsung membuka mata kepada pelancong tentang budaya Malaysia dan Indonesia yang hampir sama dengan suasana yang berbeza dan indah,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN