Jerebu di Putrajaya menghampiri paras tidak sihat - Utusan Malaysia

Jerebu di Putrajaya menghampiri paras tidak sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 17 Ogos – Keadaan jerebu di Putrajaya dan kawasan berhampiran semakin menghampiri paras tidak sihat apabila bacaan indeks pencemaran udara (IPU) berada pada paras 94 setakat pukul 4 petang hari ini.

Berdasarkan laman sesawang Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), sejak pagi hingga petang ini bacaan IPU di seluruh kawasan di sini mencatatkan bacaan sederhana iaitu antara 51 hingga 100.

Bermula semalam, bacaan IPU yang diterbitkan oleh Jabatan Alam Sekitar melalui laman sesawang APIMS akan mengambil kira kepekatan partikel halus yang bersaiz 2.5 mikron dan ke bawah (PM2.5).

Memuatkan artikel berkaitan…

Penggunaan PM2.5 dalam pengiraan IPU adalah sejajar dengan kebanyakan negara maju dan dapat mempertingkatkan lagi usaha negara ke arah kelestarian alam sekitar.

Berpandukan laman sesawang tersebut, IPU antara kosong dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN