Tubuh pangkalan data NGO - Utusan Malaysia

Tubuh pangkalan data NGO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 17 Ogos – Kerajaan negeri bercadang mewujudkan satu sistem pangkalan data atau database untuk memantau program yang dijalankan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutamanya aktiviti mengumpul dana dan derma.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung berkata, menerusi sistem pangkalan data tersebut, NGO-NGO akan disenaraikan dalam satu laman web yang turut diwujudkan.

“Kita bukan hendak berprasangka buruk terhadap mereka (NGO) tetapi boleh menimbulkan keraguan apabila NGO-NGO yang tidak aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, tetapi aktif dalam mengumpul dana.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Justeru, saya rasa kita di negeri Johor perlu mewujudkan satu sistem database untuk memantau NGO-NGO sedia ada dan yang akan ditubuhkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Colours of UDA Carnival@South di sini sebentar tadi.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pembangunan Perniagaan dan Projek Khas UDA Holdings Berhad, Datuk Nordin Murat.

Cai Tung berkata, dengan adanya sistem yang dicadangkan itu akan memudahkan kerajaan negeri membuat penyelarasan untuk memberikan sumbangan serta bagi mengelakkan sebarang salah kenyataan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN