Hantu Kak Limah sudah kutip RM13.6 juta  - Utusan Malaysia

Hantu Kak Limah sudah kutip RM13.6 juta 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Filem komedi seram Hantu Kak Limah (HKL) terus mendominasi kutipan di pawagam tempatan apabila ia memecahkan rekod dengan catatan RM13.6 juta untuk tayangan minggu pertama.

Bukan itu sahaja, filem arahan pengarah Mamat Khalid itu juga berjaya menjadi filem tempatan pertama dengan kutipan tertinggi untuk tahun 2018 setakat ini.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Astro Shaw, Penerbit Eksekutifnya, Datuk Khairul Anwar Salleh berterima kasih kepada semua penonton yang telah menyokong filem ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terima kasih kepada penonton, rakan media dan pawagam atas sokongan padu yang diberikan kepada filem genre komedi seram ini.

“Diharap sokongan ini berterusan agar filem HKL bertahan untuk minggu yang akan datang,” tulis kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, tayangan HKL terus bertambah pada minggu ini ke negara Singapura. Ia menjadikan keseluruhan sebanyak 146 pawagam termasuk Malaysia dan Brunei menayangkan naskhah sekuel berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN