Operasi mencari renjer hilang bersambung - Utusan Malaysia

Operasi mencari renjer hilang bersambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Operasi mencari dan menyelamat seorang Renjer Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang dilaporkan sesat ketika mengumpul data Program 1st National Tiger Survey di hutan Taman Negara, Jerantut, sejak Sabtu lalu bersambung hari ini.

Ketua Polis Daerah Jerantut Deputi Superintendan Mazlan Hassan berkata, operasi itu disertai 74 pegawai dan kakitangan pelbagai agensi dan penduduk tempatan dengan bantuan anjing pengesan bermula pada pukul 8 pagi.

Operasi itu bermula semalam, selepas polis dimaklumkan mengenai kehilangan Tarmizi Ahmad Japli, 30, yang merupakan kakitangan Perhilitan Cheras, sebelum dihentikan pada lewat petang ekoran keadaan persekitaran yang semakin gelap.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setakat semalam pasukan penyelamat telah melakukan pencarian sehingga jarak 10 kilometer yang akan diperluaskan lagi ke dalam hutan berkenaan pada hari ini.

“Selain itu empat anggota Pasukan Gerakan Udara (PGU) akan melakukan rondaan kali kedua bagi mengesan mangsa daripada udara, jika terdapat tanda-tanda unggun api dinyalakan yang boleh membantu kita mengesan mangsa,” katanya.

Tarmizi dilaporkan masuk ke hutan Taman Negara pada 9 Jun lalu bersama-sama melalui Felda Kechau 11 Kuala Lipis dilaporkan hilang semasa melalui jalan sungai untuk memasang kamera.

Rakan mangsa menyedari kehilangannya selepas tidak melihat mangsa yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan tidak berada di belakangnya semasa mereka dalam perjalanan pulang ke kem. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN