Bukan kerajaan pelaksana - Utusan Malaysia

Bukan kerajaan pelaksana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Pakatan Harapan (PH) disifatkan sebagai kerajaan yang hanya pandai mencari alasan semata-mata, bukannya sebuah kerajaan pelaksana walaupun selepas 100 hari diberi mandat oleh rakyat.

ZAHIDA ZARIK KHAN
ZAHIDA ZARIK KHAN

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, kerajaan ketika ini dilihat hanya cuba mencari pelbagai alasan di atas kegagalannya melaksana semua 10 janji bagi tempoh 100 hari yang telah di­nyatakan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Jelas beliau, hanya satu daripada 10 janji yang pada mulanya dilihat mempunyai kredibiliti iaitu memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST), sekali gus bermakna PH hanya layak diberikan 10 markah atas prestasi tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“(Prestasi) itu sudah tentu mengecewakan. Rakyat sepatutnya menilai bahawa sistem demokrasi itu tidak hanya ber­akhir di kotak undi. Perkara itu adalah perjalanan berterusan sesebuah kerajaan termasuk menunaikan janjinya.

“Apakah kerajaan juga akan mampu membawa kebaikan kepada golongan wanita terutama melibatkan pemberian caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kebaikan kepada pengguna menerusi janji menghapuskan tol dan juga pensta­bilan harga minyak kerana semuanya telah dijanjikan PH,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, tempoh 100 hari pentadbiran PH tidak membawa perubahan positif se­perti yang telah dijanjikan.

Katanya, harga barangan masih tidak turun dan cabaran hidup golongan muda terutama­nya melibatkan kadar pendapatan dan peluang pekerjaan masih lagi wujud walaupun negara sudah mempunyai kerajaan baharu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN