KUALA LUMPUR 17 Ogos – Segmen Busking Bersama Buskers ke udara petang ini secara langsung dengan kumpulan jemputan, Laskar.
![]() |
|
|
Dianggotai oleh empat anak muda, Sam (gitaris), Paly (dram) dan Nine (bass), Laskar dibentuk pada tahun lepas oleh seorang pengasas produk kecantikan, Seri Rahayu Beauty & Heath.
Menurut Sam, Laskar memainkan muzik power pop dan keunikan Laskar, penyanyi utama dalam Laskar ialah Raja Mohammad Hilmi Raja Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Raja Emy.
“Apabila kita tampil secara konsep busking, Laskar tampil santai dan petang ini nanti, tonton segmen Busking Bersama Buskers di Utusan Online untuk berhibur dengan kami.
“Kami, Laskar, menyenaraikan 10 buah lagu untuk hiburan santai petang Jumaat,” katanya.
Busking Bersama Buskers boleh ditonton dengan daftar masuk ke Facebook Utusan Online, like dan anda boleh menyaksikan persembahan Laskar selama satu jam. – UTUSAN ONLINE












