Bersedia jadi pemimpin, tidak kira kerajaan atau pembangkang - Tun M - Utusan Malaysia

Bersedia jadi pemimpin, tidak kira kerajaan atau pembangkang – Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 17 Ogos – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, generasi muda perlu sentiasa membuat persediaan untuk mewarisi kepemimpinan negara.

Ujar beliau, tidak kira sama ada selaku kerajaan atau pembangkang, generasi muda perlu memiliki karakter yang baik sebagai pemimpin.

“Bagi generasi muda, buat persediaan, kalau kita tidak jadi pemerintah, jadi pembangkang yang tahu apa nak dibangkang. Kalau jadi pemerintah, tahu bagaimana nak berlagak sebagai pemerintah,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Felo Perdana 2018 di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yang hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan barisan menteri Kabinet.

Program Felo Perdana yang memasuki penganjuran kali keenam tahun ini merupakan program mentor dalam mengasah bakat-bakat kepemimpinan masa hadapan negara.

Sebanyak 60 peserta terpilih yang terdiri daripada 43 lelaki dan 17 wanita untuk mengikuti program mentor di bawah setiap Menteri yang berlangsung antara enam minggu dan tiga bulan.

Kementerian Belia dan Sukan sebelum ini telah menerima 374 permohonan daripada siswa dan graduan universiti tempatan dan 168 lagi dari universiti luar negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN