Ali Hamsa enggan komen kontrak tamat 29 Ogos ini - Utusan Malaysia

Ali Hamsa enggan komen kontrak tamat 29 Ogos ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa enggan memberikan sebarang komen berhubung kontrak perkhidmatannya yang bakal tamat pada 29 Ogos ini sama ada disambung semula atau ditamatkan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Jelasnya, beliau tidak mengetahui tentang perkara tersebut dan enggan mengulas lanjut tentang persaraannya. 

“Saya tidak tahu. Saya perlu ke Mesyuarat Kabinet,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Felo Perdana 2018 Kepada Menteri Kabinet di Dewan Taklimat ICU, Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Ali Hamsa yang kini berusia 63 tahun telah memegang jawatan tersebut sejak enam tahun lalu dan kontrak perkhidmatan beliau sebelum ini telah disambung oleh kerajaan terdahulu. 

Antara individu yang disebut bakal menyandang jawatan itu ialah Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali. 

Kedua-dua mereka merupakan bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN