Mansuh selepas 4 bulan diwartakan - Utusan Malaysia

Mansuh selepas 4 bulan diwartakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat semalam meluluskan pemansuhan Rang Undang-Undang (RUU) Antiberi­ta Tidak Benar 2018 selepas empat bulan akta tersebut diwartakan oleh kerajaan terdahulu.

Perbahasan terhadap Akta 803 itu dilakukan hampir enam jam dan dibahaskan oleh 12 Ahli Parlimen bermula pukul 12 tengah hari selepas mendapat suara majoriti daripada Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH).

Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang dikuatkuasakan pada 11 April lalu dimansuhkan selepas bacaan kali kedua oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN