KUALA LUMPUR – Tindakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mendedahkan beberapa dokumen berhubung pegawai kanan Menteri Pertahanan yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah satu tindakan tidak wajar.
![]() |
|
RAFIZI
|
Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong berkata, pendedahan tersebut tidak adil kepada pegawai kanan Mohamad Sabu kerana ia akan menimbulkan persepsi buruk sebelum keputusan sebenar diketahui.
“Rafizi boleh saja hubungi menteri atau saya dahulu serta individu yang dirujuk dalam kenyataannya untuk mendapatkan penjelasan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Tiada keperluan untuk pegawai itu dibicarakan oleh media. Tidak perlu untuk Rafizi mendedahkan perkara ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.












