KUALA LUMPUR – Tiada keperluan untuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) meminta maaf kepada rakyat walaupun dilihat gagal melaksanakan janji 100 hari manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, walaupun begitu kerajaan PH sehingga kini berusaha memastikan kesemua manifesto dalam proses untuk ditunaikan kepada rakyat.
“No (tidak) lah. Janji (manifesto) dalam proses dilaksanakan. Saya tidak memberikan alasan sebab kami tidak mencapai sasaran namun kami cuba dengan sedaya upaya.
“Memang tidak seperti yang kita harapkan namun kita sudah cuba sedaya upaya,” katanya ketika ditanya adakah PH perlu meminta maaf kepada rakyat kerana tidak dapat menunaikan semua manifesto PH di lobi Parlimen semalam.











