Pengotornya warga asing - Utusan Malaysia

Pengotornya warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Ogos – SIKAP pengotor warga asing yang menjadikan bahagian belakang kediaman mereka sebagai tempat membuang sampah menyebabkan kawasan itu tidak ubah seperti tempat pelupusan sampah.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar ibu kota iaitu di Jalan Kundur dan Jalan Batu 3 1/2 baru-baru ini mendapati lorong-lorong belakang premis perniagaan dipenuhi sampah sarap sehingga menyusahkan orang ra­mai menggunakan laluan berkenaan.

Lebih memburukkan ke­adaan apabila timbunan sampah seperti sisa makanan, lampin, pe­rabot dan pakaian buruk yang berselerak di sepanjang lorong itu menjadi sarang pembiakan tikus, serangga dan burung gagak yang boleh menyebabkan penularan pelbagai jenis penyakit.

Memuatkan artikel berkaitan…

Masalah yang berpunca daripada ‘sampah terbang’ itu menjadi semakin menjijikkan ketika hari hujan.

Walaupun kerja-kerja pembersihan dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti biasa, masalah itu tetap berlaku kerana sikap warga asing yang menjadikan kawasan kediaman mereka seperti negara sendiri.

Penduduk mendakwa, walaupun tabiat buruk itu sudah ba­nyak kali ditegur dan dilaporkan kepada pihak berkuasa, sikap warga asing di situ tidak pernah berubah.

Justeru, orang ramai mahu pihak berkuasa me­ngambil tindakan yang le­bih tegas untuk memastikan kejadian itu tidak berulang.

Sementara itu, tinjauan di lorong rumah kedai di Jalan Semilang, Taman Tenaga yang sebelum ini mengalami masalah yang sama kini bersih selepas pembersihan oleh kakitangan Alam Flora dan kunjungan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semasa operasi ‘Sampah Terbang’ pada minggu lalu.

Perubahan sikap itu merupakan bukti kejayaan kempen ke­sedaran yang dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap golo­ngan warga asing yang selama ini langsung tidak peduli terhadap kepentingan menjaga kebersihan di kawasan kediaman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN