Fahmi Fadzil nafi kosongkan kerusi Lembah Pantai untuk bertanding PRK Seri Setia - Utusan Malaysia

Fahmi Fadzil nafi kosongkan kerusi Lembah Pantai untuk bertanding PRK Seri Setia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Fahmi Fadzil menafikan laporan bahawa beliau akan mengosongkan kerusi Parlimen Lembah Pantai disandangnya kini untuk bertanding sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia pada 8 September ini. 

Pengarah Komunikasi PKR itu berkata, setakat ini beliau tidak menerima apa-apa arahan daripada pimpinan PKR mengenai perkara itu. 

“No (tidak benar), saya pun tidak menerima apa-apa arahan. Saya sudah sebut sebelum ni, mana-mana ahli parti perlu sedia mengikut arahan parti jika diberi arahan mengosongkan kerusi,” katanya kepada ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Fahmi diminta mengulas laporan media hari ini bahawa beliau bakal mengosongkan kerusi Parlimen Lembah Pantai dan bertanding di DUN Seri Setia bagi memberi laluan kepada Presiden PKR,  Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di Lembah Pantai. 

PRK DUN Seri Setia diadakan berikutan kematian penyandangnya Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Shaharuddin daripada PKR mengalahkan tiga pencabarnya Datuk Yusoff HM Hanif daripada BN, Mohd. Ghazali Daud (PAS) dan calon Bebas, Dr. S. Vignes dengan majoriti 19,372 undi.   

BN sebelum ini memutuskan untuk tidak bertanding di Seri Setia dan sebaliknya memberi laluan kepada PAS untuk meletakkan calon pada PRK itu yang turut diadakan serentak dengan PRK DUN  Balakong.

Penamaan calon bagi PRK itu akan berlangsung pada Sabtu ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN