PIBG SMJK Chung Hwa mahu kilang ais dipindahkan - Utusan Malaysia

PIBG SMJK Chung Hwa mahu kilang ais dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Persatuan Ibu bapa dan Guru Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Klang mahu kilang ais bersebelahan sekolah itu yang mengalami kebocoran gas ammonia buat kali kedua minggu ini, dipindahkan ke lokasi lain yang jauh dari kawasan perumahan dan sekolah.

Pengerusinya, Tan Lian Hee berkata, langkah itu penting bagi menjamin keselamatan dan keselesaan kira-kira 1,435 pelajar dan 100 warga kerja sekolah berkenaan.

“Kami (persatuan) juga bercadang mahu membuat laporan polis supaya tindakan tegas diambil terhadap kilang tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di sekolah berkenaan, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian pagi tadi, sekolah itu terpaksa ditutup selepas sekali lagi berlaku kebocoran gas ammonia di kilang ais terbabit.

Menurut Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Khalid Ibrahim, tujuh pelajar sekolah itu dikejarkan ke dua hospital berasingan selepas mengadu sakit tekak dan sesak nafas.

Mereka kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN