Ikhwan Fatanna akui ada salah faham dengan Haqiem Rusli - Utusan Malaysia

Ikhwan Fatanna akui ada salah faham dengan Haqiem Rusli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 16 Ogos – Penyanyi lagu Bismillah, Ikhwan Fatanna, 28, tidak menepis dakwaan wujud salah faham antaranya dengan Haqiem Rusli, 20, berhubung hak penciptaan lagu Jatuh Bangun yang dinyanyikan remaja berkenaan bersama Aman Ra.

Menurut Ikhwan atau nama penuhnya Ikhwan Fatanna Mokhtar, perselisihan faham berlaku apabila video muzik lagu berkenaan yang dimuat naik di laman Youtube tidak meletakkan namanya dan seorang lagi komposer iaitu Omar K selaku pencipta lagu tersebut.

“Lagu berentak pop itu adalah hasil gubahan kami bertiga termasuk Haqiem sendiri berserta penulisan liriknya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika video lirik dimuat naik, Haqiem ada meletakkan ketiga-tiga nama, cuma di dalam muzik video sahaja nama saya dan Omar K tiada,” katanya menjelaskan keadaan sebenar.

Bagaimanapun Ikhwan berkata, perkara itu berpunca daripada masalah teknikal dan sudah diselesaikan.

Dalam pada itu, mengulas tentang penghasilan single terkininya berjudul Jannah, Ikhwan masih mengekalkan konsep ketuhanan sama seperti Bismillah.

Katanya, meskipun berkebolehan menghasilkan lagu bertemakan cinta seperti karya terbaharu nyanyian Amir Masdi berjudul Puas, dia lebih selesa untuk kekal dengan genre pilihannya sendiri.

“Sekarang ini tidak ramai yang hasilkan konsep lagu sebegini. Kebanyakannya gemarkan pop atau balada.

“Sebenarnya hampir semua lagu yang saya tulis adalah mengenai cinta, tetapi saya akan berikan kepada penyanyi lain.

“Untuk saya sendiri, memang lebih selesa dengan konsep ketuhanan yang lebih santai,” ujarnya menyatakan pendirian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×