Tiga beradik antara tujuh penagih dadah diberkas AADK Kuala Selangor - Utusan Malaysia

Tiga beradik antara tujuh penagih dadah diberkas AADK Kuala Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR – Tiga beradik antara tujuh penagih dadah yang diberkas sepasukan pegawai penguatkuasa Agensi Antidadah Kebangsaan AADK Daerah Kuala Selangor dalam Ops Aduan Awam pada Selasa lalu.

Operasi itu dijalankan di sekitar kawasan Kuala Selangor, Bestari Jaya dan Tanjong Karang itu dibantu anggota dari AADK Daerah Sabak Bernam.

Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Selangor, Khairunizam Abu Samah berkata, Ops Aduan Awam itu dijalankan bagi menyelesaikan aduan-aduan awam mengenai aktiviti-aktiviti penyalahgunaan dadah yang telah dilaporkan ke pejabat AADK Kuala Selangor.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, sepanjang operasi tersebut, seramai tujuh suspek, kesemuanya lelaki berusia lingkungan 15 hingga 50 tahun telah ditahan kerana disyaki sebagai penagih dadah.

“Hasil saringan ujian air kencing mendapati, enam orang positif dadah jenis Methamphetamine dan seorang postif ganja,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kesemuanya ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998.

“Operasi-operasi seperti ini akan sentiasa diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha pihak AADK untuk memerangi gejala penagihan dadah khususnya di daerah ini,” katanya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN