Mukah dan Sibu catat IPU tidak sihat - Utusan Malaysia

Mukah dan Sibu catat IPU tidak sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Indeks  Pencemaran Udara (IPU) di Mukah dan Sibu  merekodkan  bacaan tidak sihat, masing-masing pada 140 dan 124 setakat pukul 1 petang ini akibat keadaan jerebu.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) beberapa bahagian lain di negeri itu mencatatkan bacaan kualiti udara sederhana iaitu Samarahan (90), Kuching (88) dan Sarikei (85).

Menurut JAS, keadaan cuaca panas yang berterusan sejak lebih dua minggu memburukkan lagi  kejadian kebakaran tanah gambut di Daro selain jerebu yang dibawa angin dari Kalimantan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, JAS juga mengesan ratusan titik panas di Kalimantan Barat berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia antaranya di Singkawang dan Sambas. 

Susulan itu, JAS menasihati orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka selain  mengelakkan  aktiviti riadah di kawasan terbuka serta minum air yang banyak. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN