Jabatan Meteorologi siap sedia lakukan pembenihan awam - Utusan Malaysia

Jabatan Meteorologi siap sedia lakukan pembenihan awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Jabatan Meteorologi kini dalam keadaan bersiap sedia untuk melakukan pembenihan awan sekiranya keadaan jerebu yang melanda beberapa negeri menjadi semakin buruk, kata Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin.

Beliau berkata, bagaimanapun proses pembenihan awan itu hanya boleh dilakukan sekiranya kehadiran awan mencukupi.

“Saya telah arahkan Jabatan Meteorologi supaya apabila ada cukup awan kita akan aktifkan proses pembenihan dengan merujuk kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) supaya memaklumkan kepada Kementerian Pertahanan untuk melakukan proses pembenihan awan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tahu keadaan jerebu yang teruk terutama di utara Semenanjung dan Sarawak, jadi kita sudah siap sedia untuk bersihkan udara tetapi ia bergantung kepada kehadiran awan. Harap-harap kita dapat buat proses pembenihan awan ini secepat mungkin,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melawat kawasan pembakaran terbuka di Johan Setia di sini. Turut serta Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Datuk Dr. Ahmad Kamarulnajuib Che Ibrahim, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor, Siti Zaleha Ibrahim, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Azmi Osman dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN