Tiga beradik antara diberkas AADK - Utusan Malaysia

Tiga beradik antara diberkas AADK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR 16 Ogos – Tiga beradik antara tujuh penagih dadah yang diberkas sepasukan pegawai penguatkuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Selangor dalam Op Aduan Awam Selasa lalu.

Operasi itu dijalankan di sekitar kawasan Kuala Selangor, Bestari Jaya dan Tanjong Karang dan dibantu anggota dari AADK Daerah Sabak Bernam.

Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Selangor, Khairunizam Abu Samah berkata, Op Aduan Awam itu dijalankan bagi menyelesaikan aduan-aduan tentang aktiviti penyalahgunaan dadah yang dilaporkan kepada AADK Kuala Selangor.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, sepanjang operasi itu, seramai tujuh suspek, kesemuanya lelaki berusia lingkungan 15 hingga 50 tahun ditahan kerana disyaki penagih.

“Hasil saringan ujian air kencing mendapati enam orang positif dadah jenis Methamphetamine dan seorang postif ganja,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Khairunizam memberitahu, kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998.

“Operasi-operasi seperti ini akan sentiasa diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha untuk memerangi gejala penagihan dadah khususnya di daerah ini,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN