Jawatankuasa Khas kaji semula sistem, undang-undang pilihan raya - Utusan Malaysia

Jawatankuasa Khas kaji semula sistem, undang-undang pilihan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) bagi mengkaji semula sistem dan undang-undang pilihan raya di negara ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata, jawatankuasa itu dipengerusikan Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman yang merupakan bekas pegawai awam berpengalaman luas dalam bidang pengurusan pilihan raya.

Menurutnya, Ab Rashid akan dibantu oleh beberapa anggota yang sedang dikenal pasti bagi menjalankan tugas yang telah ditentukan bagi jawatankuasa itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jawatankuasa diberikan masa selama dua tahun untuk menyiapkan tugasnya termasuk mengemukakan laporan dan perakuan-perakuan kepada kerajaan untuk dihalusi dan dilaksanakan,” katanya.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, dalam proses mengkaji segala aspek pengurusan pilihan raya, jawatankuasa perlu mendapatkan maklum balas dan cadangan daripada pelbagai pihak khususnya pihak berkepentingan seperti parti dan ahli politik, pengundi dan badan bukan kerajaan. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN