KPDNHEP Johor rampas 230 tong LPG bernilai RM53,590 - Utusan Malaysia

KPDNHEP Johor rampas 230 tong LPG bernilai RM53,590

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor merampas 230 tong berisi 6,100 kilogram gas petroleum cecair (LPG) bernilai RM53,590 dalam serbuan di dua premis pemborong di Taman Tan Sri Yaacob, Johor Bahru, semalam.

Pengarahnya, Khairul Anwar Bachok berkata, serbuan pada 12.15 tengah hari itu melibatkan 13 anggota penguat kuasa selepas melakukan risikan selama tiga hari.

“Di premis pertama, kita merampas lebihan 150 tong LPG bersaiz 14 kilogram (kg) keseluruhannya membabitkan berat 2,100kg. Kesemua tong ini merupakan lebihan tong yang dimiliki pemborong kerana had yang dibenarkan dalam lesen borong yang dimiliki pemborong berkenaan hanya 15,000 kg sahaja.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di serbuan kedua pula, kita merampas lebihan 80 tong gas LPG bersaiz 50kg yang keseluruhannya seberat 4,000 kg di mana ia melebihi had yang dibenarkan dalam lesen borong yang dimiliki pemborong berkenaan iaitu 9,000 kg,” katanya kepada pemberita di stor eksibit KPDNHEP Johor di Senai di sini hari ini.

Khairul Anwar turut berkata, pihaknya telah mengambil keterangan pemilik premis bagi membantu siasatan dan hasil siasatan awal mendapati kedua-dua pemborong telah menjalankan operasi kira-kira lima tahun lalu. – Bernama
 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN