Tiada larangan penggunaan terma 'Merdeka' - Utusan Malaysia

Tiada larangan penggunaan terma ‘Merdeka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 16 Ogos – Kementerian Komunikasi dan Multimedia selaku Urus Setia Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia menjelaskan, bahawa tiada larangan penggunaan terma ‘Merdeka’ bagi merujuk kepada sambutan Hari Kebangsaan.

Unit komunikasi korporat kementerian dalam satu kenyataan memberitahu, orang ramai boleh menggunakan terma ‘Hari Kemerdekaan’, ‘Hari Kebangsaan’ dan ‘Hari Malaysia’ untuk mengadakan program-program atau acara berkaitan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bagi menyemarakkan dan menggelorakan semangat patriotik.

“Orang ramai juga digalakkan untuk bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang di premis masing-masing bagi menzahirkan semangat patriotisme dan menyokong kempen Kibar Jalur Gemilang 2018,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kementerian sebelum ini dikatakan telah mengeluarkan garis panduan untuk penyiaran iklan ucapan sambutan Hari Kebangsaan melarang penggunaan perkataan ‘Merdeka’ ataupun menyebut bilangan tahun perayaan.

Menurut Sekretariat Merdeka Unit Pengurusan Acara, Bahagian Khidmat Pengurusan kementerian, garis panduan itu adalah selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada 3 Julai lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN