Cadangan wajib pasang CCTV dalam perbincangan - Utusan Malaysia

Cadangan wajib pasang CCTV dalam perbincangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Cadangan mewajibkan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di taman asuhan kanak-kanak (taska) seluruh negara masih lagi dalam peringkat perbincangan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, perbincangan itu yang melibatkan agensi dan pihak berkaitan bagi membolehkan pemantauan keselamatan terhadap kanak-kanak dilakukan secara berkesan.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberitahu, pihaknya turut mengambil maklum segala cadangan yang dikemukakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita bincang dengan agensi-agensi berkenaan seperti siapa yang akan pantau, siapa yang akan pasang dan bagaimana ia hendak diletakkan bagi memantau secara lebih menyeluruh taska-taska ini,” katanya dalam sesi waktu pertanyaan menteri sidang Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN