Wan Maimunah rayu henti sebar berita meninggal dunia - Utusan Malaysia

Wan Maimunah rayu henti sebar berita meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Dramatis terkenal, Wan Maimunah merayu kepada orang ramai agar menghentikan penyebaran berita palsu kononnya dia sudah meninggal dunia.

Wan Maimunah atau nama sebenarnya Wan Maimunah Abdul Aziz, 63, dimasukkan ke Hospital Alor Gajah sejak hari Ahad lalu akibat mengalami masalah pernafasan dan terkena jangkitan kuman di bahagian paru-paru.

“Kepada sesiapa yang suka membuat fitnah, tolonglah (hentikan penyebaran berita palsu). Bukan sahaja menyusahkan saya, malah seluruh ahli keluarga dan semua orang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Anak saya jauh di luar negara, kalau dia dapat tahu bagaimana? Talian telefon di hospital pun kadangkala tidak ada, jadi minta tolong janganlah suka buat fitnah begini,” rayu Wan Maimunah menerusi sebuah video hari ini.

Dalam pada itu, pelakon yang popular drama meruntun air mata itu bagaimanapun tidak marah kepada mereka yang menyebarkan berita berkenaan namun meminta agar hal seperti ini tidak berlaku lagi.

“Allah masih sayangkan saya. Saya tidak marah orang yang buat fitnah tetapi saya merayu tolong jangan buat dekat orang lain,” katanya lagi. – K! ONLINE 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN