Penurunan nilai ringgit seiring trend kejatuhan mata wang dunia - Utusan Malaysia

Penurunan nilai ringgit seiring trend kejatuhan mata wang dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penurunan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) seiring dengan trend kejatuhan mata wang dunia lain, yang berpunca daripada ketidaktentuan ekonomi dunia, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, antara punca ketidaktentuan ekonomi dunia itu adalah perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

“Mata wang banyak negara jatuh (disebabkan perang perdagangan), bukan Malaysia sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan hospital pakar jantung Cardiac Vascular di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, prestasi ringgit sebenarnya lebih baik jika dibandingkan dengan mata wang dunia yang lain.

“Jika dibandingkan Malaysia dengan sesetengah negara, nilai mata wang Malaysia naik,” katanya.

Pada penutup semalam, ringgit diniagakan pada 4.1020/1050 berbanding dolar AS daripada 4.0950/1000 pada Selasa.

Bagaimanapun, ringgit mengukuh berbanding sekumpulan mata wang utama lain antaranya dolar Singapura, yen Jepun, pound British dan euro. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN