Parlimen: Syarat wajibkan taska pasang CCTV dalam perbincangan - Utusan Malaysia

Parlimen: Syarat wajibkan taska pasang CCTV dalam perbincangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Mekanisme pengurusan bagi cadangan pelaksanaan syarat mewajibkan pemasangan televisyen litar tertutup (CCTV) di Taman Asuhan Kanak-kanak (taska) masih di peringkat perbincangan dengan pihak berkaitan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, pihaknya mengambil maklum cadangan beberapa pihak supaya langkah itu menjadi syarat membuka taska bagi memantau keselamatan kanak-kanak.

“Untuk menyelesaikan masalah ini, kita bincang dengan agensi-agensi berkenaan seperti siapa yang akan pantau, siapa yang akan pasang dan bagaimana ia hendak diletakkan bagi memantau secara lebih menyeluruh taska-taska ini,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang menyentuh soal ‘memutihkan’ pusat asuhan kanak-kanak tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain mencadangkan jabatan khusus bagi menyelaras semua aspek berkaitan pusat asuhan kanak-kanak.

Wan Azizah berkata, cadangan itu akan diteliti dengan lebih mendalam. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN