[VIDEO] Puisi Pyan Habib : Apa dia orang janji mereka kena bikin - Utusan Malaysia

[VIDEO] Puisi Pyan Habib : Apa dia orang janji mereka kena bikin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Ogos –  Pemuisi, Pian Habib hari ini secara spontan membacakan sebuah puisi nasihat untuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan rakyat sempena 100 hari pemerintahan baharu.

Puisi tanpa tajuk yang dibacakan kepada Utusan Online itu antara lain menasihatkan pemimpin-pemimpin kerajaan baharu ini agar menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sesempurna mungkin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, Pyan dalam puisi berkenaan turut mengingatkan agar rakyat agar terus menegur kerajaan baharu ini bagi mengingatkan mereka kepada tanggungjawab yang telah diamanahkan untuk dilaksanakan sebagai pemimpin.

Beliau dalam puisi itu juga menasihatkan agar rakyat bersabar sekiranya apa yang diminta daripada kerajaan belum lagi tertunai dalam tempoh 100 hari yang telah berlalu.

“Janganlah kalut pasal 100 hari, gua (saya) 100 hari atau seribu hari, tetap sama. Tapi kalau mahu bantai gomen (kerajaan) pulun cukup-cukup supaya mereka buat kerja betul-betul. 

“Apa dia orang janji mereka kena bikin. Tak dapat seratus hari, buat perlahan-lahan. Masa depan tidak lari, mereka kena pergi,” begitulah bait puisi spontan yang dibacakan pemuitis berkenaan.

Beliau ditemui di gerai buku Institut Terjemahan dan Buku Malaysia yang diadakan sempena penggal pertama sidang Parlimen yang sedang berlangsung ketika. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN