Dua wanita bunuh Jong-nam diperintah bela diri - Utusan Malaysia

Dua wanita bunuh Jong-nam diperintah bela diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan dua wanita warga asing diperintah membela diri daripada pertuduhan membunuh Kim Chol atau atau abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam.

Hakim Datuk Azmi Ariffin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap wanita warga Indonesia, Siti Aisyah, 26, dan Doan Thi Huong, 29, dari Vietnam.

Azmi memerintahkan kedua-dua wanita itu memberi keterangan mem­bela diri secara bersumpah di dalam kandang tertuduh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengikut pertuduhan, kedua-dua wanita itu didakwa bersama-sama empat lagi individu yang masih bebas atas tuduhan membunuh Jong-nam, 45, di Balai Berlepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2), Sepang kira-kira pukul 9 pagi, 13 Februari 2017.

Pertuduhan ke atas mereka dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan diketuai Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor, Muhamad Iskandar Ahmad.

Siti Aisyah diwakili peguam bela, Gooi Soon Seng manakala Thi Huong pula diwakili peguam bela, Hisyam Teh Poh Teik.

Kes pembunuhan Jong-nam mendapat perhatian media antarabangsa selepas beliau dibunuh dengan licik menggunakan agen saraf VX ketika berada di KLIA2 untuk penerbangan ke Macau selepas tiba di Malaysia.

Pembunuhan itu juga mencetuskan perbalahan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara yang menyaksikan kedua-dua negara melarang warga negara masing-masing meninggalkan Malaysia dan Korea Utara dan mengundurkan duta masing-masing.

Terdahulu, dua tertuduh kes pembunuhan itu  tiba di Kompleks Mahkamah di sini pada pukul 8.24 pagi dengan diiringi pasukan polis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN