Undang-undang tetapkan had umur minimum perkahwinan diselaraskan - Utusan Malaysia

Undang-undang tetapkan had umur minimum perkahwinan diselaraskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Usaha sedang dibuat untuk menyelaraskan semua perundangan berkaitan di negara ini untuk menetapkan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun, Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, langkah itu sedang dirangka dan akan dilaksana bagi penyelesaian jangka panjang terhadap isu perkahwinan bawah umur di Malaysia.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata, ia akan dilaksana melalui pembabitan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama dan undang-undang, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

“Inisiatif itu melibatkan undang-undang seperti Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, Enakmen/Ordinan Undang-undang Keluarga Islam di negeri-negeri, Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, Enakmen Mahkamah Anak Negeri 1992 di Sabah dan pelbagai undang-undang adat kaum peribumi di Sarawak,” katanya pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan hari ini.

Dr. Wan Azizah menjawab pertanyaan Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya) yang ingin tahu bentuk undang-undang untuk melindungi kanak-kanak dan remaja daripada eskploitasi serta usaha memastikan ia diikuti mahkamah di setiap negeri. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×