Jong-nam: Siti Aisyah, Thi Huong diperintah bela diri  - Utusan Malaysia

Jong-nam: Siti Aisyah, Thi Huong diperintah bela diri 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 16 Ogos – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan warga Indonesia, Siti Aisyah dan warga Vietnam, Doan Thi Huong untuk membela diri atas  pertuduhan membunuh lelaki Korea Utara, Kim Jong-nam, Februari tahun lalu.

Hakim Datuk Azmi Ariffin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Kedua-dua wanita itu didakwa atas tuduhan membunuh Jong-nam,45, bersama-sama empat lagi individu yang masih bebas di Balai Berlepas, KLIA2, Sepang kira-kira pukul 9 pagi, 13 Februari 2017.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pertuduhan terhadap kedua-dua wanita itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN