Kedah teruskan projek Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik - Mukhriz - Utusan Malaysia

Kedah teruskan projek Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik – Mukhriz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 16 Ogos – Kerajaan negeri tidak mempunyai rancangan untuk membatalkan projek ladang hutan dalam hutan simpan kekal di Bukit Enggang, Sik yang diluluskan Majlis Tanah Negara pada 2012.

MUKHRIZ MAHATHIR
MUKHRIZ MAHATHIR

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, pihaknya mencadangkan projek ladang hutan tersebut diteruskan supaya proses penanaman semula di Bukit Enggang dapat dijalankan.

“Kerajaan negeri mewarisi sepenuhnya apa jua keputusan yang dibuat kerajaan negeri terdahulu. Ini bukan alasan tapi keputusan terdahulu mengakibatkan apa yang berlaku hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Projek (pengondolan hutan) dibuat pada 2012, jadi tanggungjawab kerajaan negeri sekarang adalah memastikan penanaman semula dijalankan kerana kerja-kerja pembalakan hutan di kawasan tersebut telah selesai,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan tambahan Mohd. Isa Shafie (Pas-Belantek) mengenai keputusan kerajaan negeri sama ada untuk membatalkan projek pengondolan hutan di Bukit Enggang.

Menurut Mukhriz, tujuan asal projek tersebut untuk menubuhkan ladang hutan jadi satu kerugian kepada kerajaan negeri sekiranya hutan yang digondolkan tidak ditanam semula.

“Saya mendengar apa yang (ahli dewan undangan negeri) Belantik bangkitkan yang mana musibah (kepada penduduk setempat) berulang kembali selepas tanaman semula tersebut membesar dalam 15 tahun lagi.

“Perkara ini harus ditimbangkan juga tapi saya tidak nampak cara meneruskan projek penanaman semula. Kalau yang yang dirancang dahulu tidak jadi kenyataan, masalah banjir lumpur tidak selesai apabila berlaku hujan lebat. Jadi saya cadangkan projek ini diteruskan,” ujarnya.

Terdahulu menjawab soalan Mohd. Isa, Mukhriz memberitahu, kerajaan negeri telah meluluskan seluas 1,000 hektar di Hutan Simpan Bukit Enggang untuk tujuan pembangunan ladang hutan dan kawasan berkenaan telah mendapat kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar.

“Status kerja-kerja pengusahaan hasil di kawasan Hutan Simpan Bukit Enggang telah dijalankan dan dalam proses penanaman semula pokok daripada spesis batai,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN