AirAsia taja penerbangan kontinjen Malaysia ke Sukan Asia di Indonesia - Utusan Malaysia

AirAsia taja penerbangan kontinjen Malaysia ke Sukan Asia di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – AirAsia menaja penerbangan kontinjen kebangsaan ke Sukan Asia yang akan berlangsung di Jakarta dan Palembang, Indonesia dari 18 Ogos hingga 2 September ini.

Majlis penghantaran diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) hari ini bagi 113 atlet kebangsaan yang akan bertanding dalam sukan badminton, hoki, renang, memanah dan gimnastik serta kakitangan perubatan.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, pihaknya berbesar hati menaja kontinjen Malaysia ke Indonesia untuk Sukan Asia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tahun ini Malaysia mempunyai atlet-atlet yang amat berwibawa dan saya yakin bahawa mereka akan memberikan yang terbaik serta membanggakan negara di acara sukan terbesar di Asia. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, AirAsia telah memberi sokongan kepada ramai atlet negara dalam usaha mereka meraih kejayaan antaranya adalah atlet berbasikal trek, Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa, penerjun Leong Mun Yee, atlet bina badan Faiz Ariffin, pemain boling Syaidatul Afifah Badrul Hamid serta pemain badminton profesional dari Akademi Badminton AirAsia, Liew Daren yang akan mewakili Malaysia di Sukan Asia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN