Moses bersara dari pentas antarabangsa - Utusan Malaysia

Moses bersara dari pentas antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 16 Ogos – Pemain sayap Chelsea dan Nigeria, Victor Moses yang pernah beraksi di Piala Dunia pada 2014 serta 2018, mengumumkan persaraan dari pentas antarabangsa hari ini, dengan memberitahu dia kini ingin menumpukan perhatian kepada kelabnya.

Pemain berusia 27 tahun itu telah membuat 37 penampilan dan menjaringkan 12 gol untuk skuad Super Eagles.

Penampilan antarabangsanya yang terakhir, termasuk gol adalah sewaktu Nigeria tewas 1-2 kepada Argentina dalam peringkat kumpulan Piala Dunia 2018 Rusia, di mana pasukan dari Afrika itu gagal mara ke pusingan kalah mati.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya ingin mengumumkan bahawa selepas berfikir panjang, saya membuat keputusan untuk bersara daripada bermain bola sepak antarabangsa.

“Saya memiliki pengalaman dan beberapa detik terindah dalam hidup saya apabila menyarung jersi Super Eagles dan ia akan menjadi kenangan sepanjang karier saya.

“Bagaimanapun saya rasa sekarang adalah masa yang tepat untuk bersara dalam usaha meningkatkan prestasi saya bersama kelab, di samping keluarga tercinta, malah ia bakal membuka peluang kepada generasi baharu Nigeria untuk menyerlahkan bakat.

“Saya sudah bercakap kepada pengurus (Gernot Rohr) menerusi telefon dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepadanya dan kakitangan Super Eagles, Persatuan Bola Sepak Nigeria (NFF) dan semua rakan seperjuangan di atas sokongan sepanjang beberapa tahun ini.

Tulis Moses dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di akaun Twitternya.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN