Gas ammonia kilang ais Desa Latania bocor lagi - Utusan Malaysia

Gas ammonia kilang ais Desa Latania bocor lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 16 Ogos – Kilang memproses ais di Jalan Nagasari, Desa Latania yang kebocoran gas ammonia Isnin lalu sehingga mengakibatkan dua pekerjanya maut sekali lagi bocor pagi ini.

Kejadian tersebut berlaku ekoran kegagalan pemilik kilang tersebut membaiki sepenuhnya lima tangki yang menyalurkan gas amonia ke mesin memproses ais.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri berkata, sejurus menerima panggilan daripada pengetua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa yang mengatakan ada terhidu gas ammonia, Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bacaan di lokasi dalam kilang dan kawasan persekitaran mendapati berada di bawah 40 Part Per Million (PPM) dan masih lagi terkawal.

“Bagaimanapun, ketika kejadian tiada sesiapa di dalam kilang berikutan masih tidak dibenarkan beroperasi.

“Setakat ini keadaan terkawal dan kita difahamkan sekolah tersebut ditutup demi keselamatan pelajar. Pasukan kita akan berada di lokasi untuk memantau tahap kandungan gas ammonia di udara,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Isnin lalu, dua pekerja warga asing di kilang membuat ais maut selepas dilaporkan terhidu gas ammonia yang bocor, manakala 18 lagi dihantar ke hospital bagi menerima rawatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN