De Bruyne tempang, cedera sewaktu menjalani latihan - Utusan Malaysia

De Bruyne tempang, cedera sewaktu menjalani latihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER 16 Ogos – Perancang Manchester City Kevin De Bruyne mungkin akan berehat panjang susulan kecederaan yang dialaminya setelah menghadiri satu program menggunakan tongkat hari ini.

De Bruyne dan rakan seperjuangan City hadir pada tayangan perdana siri dokumentari tentang pasukannya beberapa jam selepas pemain tengah itu mengalami kecederaan lutut kanan dalam sesi latihan.

“Kevin merupakan pemain yang hebat, bagaimanapun dia mengalami nasib malang ketika menjalani latihan dan ketiadaannya bakal memberi kesan mendalam kepada skuad Citizens,” kata pertahanan Kyle Walker.

Memuatkan artikel berkaitan…

City bagaimanapun tidak pasti berapa lama bintang Belgium tersebut akan diketepikan kerana dia akan menjalani banyak ujian berhubung kecederaannya itu dalam usaha mengesan sejauh mana tahap masalah berkenaan.

De Bruyne pernah direhatkan selama dua bulan pada musim 2015-16 sewaktu baharu menyertai City, setelah mengalami kecederaan sama di ligamen kaki kanannya itu.

City membuka tirai Liga Perdana dalam usaha mempertahankan kejuaraan dengan menumpaskan Arsenal 2-0 Sabtu lalu, dengan De Bruyne hanya tampil pada babak kedua susulan kurang menyertai aksi pra-musim bersama kelab tersebut selepas pulang dari Piala Dunia.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN