Kanak-kanak lelaki 11 tahun maut jatuh tingkat lima  - Utusan Malaysia

Kanak-kanak lelaki 11 tahun maut jatuh tingkat lima 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut selepas terjatuh dari balkoni belakang kediamannya di tingkat lima kuarters Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang di sini petang tadi.

Dalam kejadian pukul 7.15 petang itu, Mohd Badrul Amin Abdul Rahman disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Shah Alam akibat parah di bahagian kepala.

Difahamkan, mangsa sebelum itu duduk di bahagian balkoni belakang bagi mengambil pakaian di ampaian. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, ampaian tersebut putus mengakibatkan mangsa jatuh ke bawah.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata,  bapa mangsa kemudiannya membawa kanak-kanak itu ke Rumah Sakit Angkatan Tentera sebelum dirujuk ke Hospital Shah Alam pada jam 8.50 malam.

“Bagaimanapun, doktor yang merawat mangsa mengesahkan mangsa tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN