KUALA LUMPUR – Jabatan Perangkaan Malaysia menganggarkan kadar kelahiran di negara ini menurun dengan kelahiran kasar bagi setiap 1,000 penduduk cuma 15.8 pada tahun ini berbanding 16.1 kelahiran pada tahun lalu.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidi berkata, penurunan kadar kelahiran di negara ini dikaitkan dengan masalah kesuburan wanita yang semakin merosot pada tahun ini dengan anggaran bagi seorang wanita berumur 15 hingga 49 tahun hanya mampu melahirkan anak 1.9 orang berbanding pada tahun 2017 pada kadar 2.1 orang.
“Angka kelahiran 1.9 anak bagi setiap wanita berkahwin itu berada di bawah paras penggantian untuk diri sendiri dan pasangannya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Menurut beliau, anggaran kemerosotan kadar kelahiran itu juga merupakan salah satu faktor demografi yang menyumbang kepada penuaan penduduk.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











