Helikopter R-66 terhempas, 
dua juruterbang cedera - Utusan Malaysia

Helikopter R-66 terhempas, 
dua juruterbang cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Sesi uji pandu helikopter jenis Robinson (R-66) bertukar menjadi cemas apabila sebuah pesawat terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang dekat sini hari ini.

KEADAAN helikopter Robinson (R-66) yang terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang, Kuala Lumpur, semalam.

Kemalangan tersebut menye­babkan dua juruterbang lelaki, berusia 59 dan 70 tahun menga­lami ce­dera ri­ngan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian pada pukul 8.05 pagi itu, mereka dikatakan sedang membuat ujian penerba­ngan pesawat milik Systemic Aviation Sdn. Bhd. di pusat helikopter lapangan terbang ter­sebut.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din yang mengesahkan kemalangan itu berkata, pesawat berkenaan terhempas di padang rumput pusat helikopter LTSAAS.

“Kedua-dua juruterbang dilaporkan hanya me­ngalami kecederaan ringan,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Zani memaklumkan, operasi harian lapangan terbang itu juga tidak terjejas disebabkan insiden tersebut.

Jelasnya, ini pihak­nya masih lagi menunggu laporan penuh daripada pihak berkaitan berhubung insiden yang berlaku bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN