Jangan pandang remeh memilih wakil rakyat - Utusan Malaysia

Jangan pandang remeh memilih wakil rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Rakyat tidak boleh memandang remeh tentang usaha memilih wakil rakyat kerana mengikut Islam perbuatan tersebut adalah satu tanggungjawab besar.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tindakan melepas geram dan bertindak sewenangnya dalam memilih wakil rakyat perlu dihindari kerana dibimbangi memberi kemudaratan.

Selain itu, beliau turut mengingatkan para pengundi untuk tidak terpengaruh dengan maklumat yang terdapat di dalam media sosial yang belum terjamin kesahihannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi orang Islam betapa besarnya memilih pemimpin rakyat ini, sehingga mereka mengganggap lebih penting daripada mengebumikan jasad Rasullallah SAW pada ketika wafatnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pengumuman calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN