Tiada halangan untuk SPRM siasat – Mat Sabu - Utusan Malaysia

Tiada halangan untuk SPRM siasat – Mat Sabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Kementerian Pertahanan tidak mempunyai sebarang halangan membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sesiapa sahaja di kementerian tersebut.

mat sabu
 

Menterinya, Mohamad Sabu berkata, pihak­nya juga bersedia memberikan komitmen dan kerjasama penuh kepada pihak SPRM.

“Bagi saya, tiada kompromi dalam soal integriti. Sekiranya terdapat sebarang kes, SPRM boleh mendakwa individu tersebut mengikut saluran undang-undang sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam, SPRM mengesahkan memanggil pembantu politik kepada Mohamad bagi membantu siasatan menerima wang berjumlah RM800,000 daripada beberapa pihak bagi membantu menyelesaikan hutang seterusnya dikeluarkan daripada status muflis.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan, Tan Sri Ambrin Buang menyatakan akan turut menyiasat sekiranya berlaku sebarang penyelewengan dalam agensi tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN