Jumlah mangsa serangan bunuh diri meningkat 48 orang - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa serangan bunuh diri meningkat 48 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL 15 Ogos – Jumlah mangsa yang maut dalam serangan bunuh diri bandar ini meningkat kepada 48 orang, kebanyakannya penuntut remaja yang sedang bersiap sedia menduduki peperiksaan kemasukan universiti.

Lebih 67 mangsa cedera selepas bom berkenaan memusnahkan pusat pendidikan Mawoud di barat Kabul kira-kira pukul 4 petang waktu tempatan.

Jurucakap polis, Hashmat Stanikzai berkata, pengebom bunuh diri mengikat bahan letupan pada tubuhnya sebelum meletupkan dirinya dalam bangunan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau memberi amaran jumlah kematian dijangka meningkat namun tidak dapat memberi maklumat tentang jumlah penuntut yang berada dalam bangunan semasa serangan berlaku.

Seorang penuntut, Ali Ahmad berkata, kira-kira 100 penuntut berada dalam bangunan itu. – Reuters/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN