Pas pertaruh Halimah Ali di PRK Seri Setia - Utusan Malaysia

Pas pertaruh Halimah Ali di PRK Seri Setia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 15 Ogos – Persoalan akhirnya terjawab. Pas pertaruhkan, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr. Halimah Ali untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia.

Dr Halimah Ali
Dr Halimah Ali

Perkara itu diumumkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam ini.

Turut hadir, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung Pas dan Datuk Takiyuddin Hassan.

Memuatkan artikel berkaitan…

PRK Seri Setia diadakan selepas penyandangnya yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia pada 2 Ogos lalu akibat kanser usus.

Pada Pilihan Raya Ke-14 (PRU-14) lalu, Shaharuddin menang besar selepas memperolehi 29,250 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Yusoff M. Haniff (9,878 undi), calon Pas, Mohd. Ghazali Daud (4,563 undi) dan calon bebas S. Vigneswaran (217 undi).

BN sebelum ini memutuskan untuk memberi laluan kepada Pas bertanding di Seri Setia sebagai membalas kesediaan Pas yang terlebih dahulu berbuat tindakan serupa di DUN Sungai Kandis. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN