Festival Kenyir 2018 janji meriah - Utusan Malaysia

Festival Kenyir 2018 janji meriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 15 Ogos – Bagi mereka yang bercadang untuk berkunjung ke negeri ini tidak lama lagi, tarikh 30 Ogos hingga 2 September ini boleh dimasukkan dalam ranca­ngan percutian kerana ada banyak tarikan sempena berlangsungnya Festival Kenyir 2018.

Progam selama empat hari di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu itu akan dimeriahkan dengan pelbagai kegiatan sukan air dan darat yang membuka ruang untuk turut disertai bersama keluarga, selain menyaksikan persembahan kesenian dan kebudayaan di samping membeli-belah.

Pengurus Kanan Korporat Lembaga Kemajuan Terengganu Te­ngah (Ketengah), Zainuddin Md Zaki berkata, program tradisi tahunan yang menarik tumpuan pe­ngunjung ke tasik itu saban tahun, disasarkan akan mencecah 70,000 pengunjung dalam edisi kelapan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain mengetengah pelbagai aktiviti, festival berkenaan juga bertujuan mempromosi tempat-tempat yang menarik terutama­nya taman-taman Kenyir, Santuari Kelah dan pusat konservasi gajah,”ujarnya dalam sidang akhbar di sini kelmarin.

Menurut beliau, Festival Kenyir merupakan usaha terancang Ketengah dan kerajaan negeri dalam mempopularkan lagi tasik terbesar buatan manusia itu di rantau ini dengan keindahan semula jadi­nya.

“Malah festival sama yang menawarkan jualan bebas cukai pada Ogos tahun lalu telah menambahkan kuasa penarik orang ramai berkunjung ke Tasik Kenyir dengan mencatatkan 60,000 pe­ngunjung,’’ katanya.

Zainuddin berkata, Ketengah juga menyediakan kemudahan pengangkutan tram kepada penunjung dari kawasan letak kereta ke tapak acara.

Perasmian dijangka di­sem­purnakan oleh Menteri Pemba­ngunan Luar Bandar, Rina Mohd. Harun pada 30 Ogos ini manakala majlis penutup oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pada 2 September ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN