Seramai 4,499 murid di Johor tercicir pelajaran - Utusan Malaysia

Seramai 4,499 murid di Johor tercicir pelajaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 15 Ogos – Seramai 4,499 daripada 579,923 murid di negeri ini direkodkan sebagai tercicir pelajaran disebabkan pelbagai faktor, antaranya masalah kewa­ngan, kurang minat belajar, penceraian dan disiplin.

Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, berdasarkan pecahan, terdapat 68,725 murid di Batu Pahat dengan seramai 170 daripada mereka merupakan murid tercicir pelajaran, Johor Bahru (120,454 murid, 1,412 tercicir) dan Kluang (46,543 murid, 424 tercicir).

“Kota Tinggi (33,606 murid, 1 tercicir), Mersing (13,440 murid, 101 tercicir), Muar (41,814 murid, 379 tercicir), Pontian (29,324 murid, 197 tercicir), dan Segamat (32,753 murid, 282 tercicir).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, Kulai (55,398 murid, 357 tercicir), Pasir Gudang (114,830 murid, 1,038 tercicir) dan Tangkak (23,145 murid, 138 tercicir),” katanya menjawab soalan Abd. Taib Abu Bakar (BN-Machap) berhubung murid keciciran pelajaran pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di sini hari ini.

Mohd. Khuzzan berkata, bagi mengatasi masalah tersebut pelbagai pihak termasuk Jawatankuasa Penyiasatan Murid Cicir (JPMC), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), badan bukan kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memainkan peranan masing-masing bagi menangani masalah berkenaan.

“Usaha ini termasuk mengenal pasti keluarga bermasalah, me­ng­adakan motivasi, program kerjaya serta pendidikan alternatif kepada murid-murid terlibat,” ka­tanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN