25 maut serangan bunuh diri di Kabul - Utusan Malaysia

25 maut serangan bunuh diri di Kabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL 15 Ogos – Sekurang-kurangnya 25 orang maut selepas seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya di hadapan sebuah pusat pendidikan di Dasht-i Barcha, barat Kabul hari ini.

Setakat ini tiada pihak tampil mengaku bertanggung jawab terhadap kejadian itu yang berlaku selepas keadaan tenteram di bandar ini sejak beberapa minggu lalu.

Kumpulan Taliban yang sedang memperhebatkan serangan terhadap tentera dan kemudahan kerajaan Afghanistan sejak kebelakangan ini, telah mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan dalam insiden tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kementerian Kesihatan Awam memaklumkan seramai 35 mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital di bandar ini. – Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN