Kerajaan lakukan yang terbaik - Utusan Malaysia

Kerajaan lakukan yang terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan akan melakukan yang terbaik bagi meneruskan agenda yang dirancang meskipun berdepan dengan kekangan kewangan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, wujud kekangan dari segi dana kewangan kerajaan terjejas apabila penukaran sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

“Jadi, apabila ia diluluskan dan diteruskan barulah kita dapat meningkatkan pendapatan sedikit demi sedikit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita baru 100 hari memerintah, ada masa lagi,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Azizah berkata, kerajaan juga akan terus memberi tumpuan terhadap isu berkaitan kanak-kanak di negara ini.

“Jadi, adalah penting untuk menjaga hak dan memberi pelindungan kepada kanak-kanak kerana golongan itulah yang akan membangunkan negara kelak,” katanya.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai program Sukarela Insentif (Suri), setakat ini, sebanyak 384 suri rumah telah berdaftar untuk program tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN