Guru mengaku tepuk, bukan tampar seperti didakwa murid - Utusan Malaysia

Guru mengaku tepuk, bukan tampar seperti didakwa murid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Guru yang didakwa menampar seorang murid tahun dua sehingga lebam yang viral semalam mengaku menepuk perlahan kanak-kanak terbabit.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, guru terbabit sudah diambil keterangan dan membuat pengakuan tersebut.

“Namun, beliau memberitahu, tepukan tersebut tidak kuat dan tidak mungkin mendatangkan kecederaan seperti didakwa ibu serta mangsa terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malah, maklumat yang didapati daripada rakan sekelas mangsa juga menyatakan guru itu tidak menampar dengan kuat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambah Ahmad Dzaffir, pihaknya kini sedang menunggu laporan pemeriksaan kecederaan mangsa daripada Hospital Kajang.

“Kita akan teruskan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan akan mengambil keterangan nenek mangsa dalam masa terdekat,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN