Graduan TVET bersiap untuk pekerjaan mencabar - Utusan Malaysia

Graduan TVET bersiap untuk pekerjaan mencabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 15 Ogos – Revolusi dalam kurikulum Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET) diperlukan untuk menyediakan graduan bidang berkaitan yang dapat memenuhi keperluan tenaga kerja segera dan juga secara berterusan.

Ketua Pengerangan Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohammad Rizan Hassan berkata, kos buruh, kuasa, pengangkutan dan bahan mentah adalah faktor-faktor yang mendorong industri untuk memilih lokasi operasi setelah mengambil kira kemudahan mengisi pekerjaan diperlukan.

“Peluang pekerjaan bergerak dari negara ke negara didorong oleh kos dan kecekapan. Satu persamaan utama yang kini mempunyai kesan besar ke atas lokasi kerja ialah keseimbangan antara kos buruh dan penerapan teknologi untuk mengurangkan komponen buruh bukan hanya dalam sektor pembuatan tetapi juga dalam banyak perkhidmatan,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian ketika sesi Suara Belia Mahir bersama 50 orang belia berkemahiran industri pembinaan di AMTRC Academy, Sungai Petani kelmarin.

Tambahnya, situasi kini semakin mencabar dan bagaimana negara mempersiapkan graduan TVET hari ini mempunyai kesan besar terhadap perkembangan negara dan dunia pada hari esok. Dalam kata lain, sistem TVET di Malaysia perlu kekal relevan.

“Soalnya mampukah kita menarik golongan muda yang terbaik dan cemerlang untuk menyertai institusi TVET,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN